Sunday, 30 September 2018

           

 

  PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)



Nama pensyarah: En. Mohd Taha
Nama ahli: 
-Nuraliah Syakirah bt Saifulrizan 19DAT18F1074
-Nurul Hamira Musfirah bt Murad 19DAT18F1001
-Nur Ainaa Husna bt Zulkifli 19DATF1077
-Natasha Nadrah bt Saleh 19DAT18F1025




      1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA

  

    Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British,Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British, manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan rekreasi dari dalam negeri dan luar Negara.

 

 

1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA


                                   




  Pada tahun 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatlan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan pencantuman Singapura dengan Tanah Melayu. Cadangan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujud masalah sosial disebabkan majoriti penduduk Singapura ialah kaum Cina. Tambahan pula, gabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan menjadikan komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu serta mengancam kedudukan orang Melayu.

   Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura boleh bergabung dengan Tanah Melayu sekiranya Sabah,Sarawak dan Brunei turut bergabung dengan Tanah Melayu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan “Malaysia”. Beliau telah menyuarakan pendapat tersebut semasa berucap kepada wartawan asing semasa Persidangan Persekutuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.



 Faktor-faktor pembentukan malaysia


  1. Ancaman komunis di Singapura

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di Singapura pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman bimbang Singapura akan dikuasai komunis dan keselamatan Tanah Melayu akan terancam. Beliau berpendapat bahawa pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di Singapura.

   
     2. Keseimbangan kaum

Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan meningkatkan peratusan kau, Bumiputera di Tanah Melayu. Jumlah penduduk dari Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi peratusan majority kaum Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu walaupun Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, kedudukan orang Melayu tidak akan terancam.
     3.Kemajuan ekonomi bersama  
Pembentukan Malaysia membolehkan Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sector perdangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan asing. Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei merupakan pengeluar minyak dan gas asli dan Singapura menjadi pelabuhan yang penting di Asia Tenggara. Melalui pmbentukan Malaysia akan dapat membantu ekonomi dan pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak yang masih mundur.
    4.Mencapai kemerdekaan


Pembentukan Malaysia  merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan. Penjajahan British di Asia Tenggara dapat ditamatkan. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan. Pembentukan Malaysia membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat dan British boleh mewujudkan hubungan persahabatan yang muhibah dengan negara jajahannya.








              1.3.2 REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN 

      NEGERI
                          REAKSI
Persekutuan Tanah Melayu
·     Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu.

·     UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura.
Singapura
·         PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.

·      Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini .
Sarawak
· Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai kenyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.

·    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan Malaysia.
Sabah
·     Cadangan pembentukan Malaysia ditolak pada peringkat awal kerana belum mempunyai kenyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.

·      Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak.
Brunei
·     Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M. Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

·   Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
British
·    British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat.

·    Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis.
Indonesia
· Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia

·      Tentera Indonesia menyusup masuk ke Johor, Sabah dan Sarawak dan melancarkan serangan gerila.

· Jeneral Soeharto mengambil alih pemerintahan Indonesia pada 30 September 1965 dan mengambil dasar berdamai dengan Malaysia.
Filipina
·      Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina.

·    Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh.

·    Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada tahun 1966.


1.3.3 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA



     Beberapa proses telah terlibat dalam pembentukan  Malaysia melalui peringkat Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Uruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK).





Jawatankuasa Perundangan  Perpaduan Malaysia


     Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia telah diperkenalkan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei melalui persetujuan antara Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia di tubuhkan. Donald Stephen menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sebanyak empat kali rundingan dan perbincangan diadakan, iaitu pada 21 Ogos 1961 di Kota Kinabalu; 18 hingga 20 Disember 1961 di Kuching; 6 hingga 7 Januari 1962di Kuala Lumpur dan 1 Februari 1962 di Singapura. Perbincangan dan rundinganini diadakan bertujuan memberikan penjelasan tentang gagasan Malaysia.



     Jawatankuasa Perundangan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju untuk beberapa perkara iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selain itu, beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen. Akhir sekali, Jawatankuasa perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju Bahasa Melayu dijadikan Bahasa rasmi dan Islam sebagai Bahasa rasmi.






Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

     Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia. Pengerusi bagi Suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold  dan dianggotai oleh wakil British iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson. Wakil dari Tanah Melayu ialah Mohd Ghazali Shafie dan  Wong Pow Nee. 




     Suruhanjaya Cobbold memulakan tugasnya pada 19 Februari 1962 hingga 18 April 1962. Sebanyak 2,200 memorandum dan surat daripada pelbagai pihak telah diterima. Pada 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold diserahkan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Ogos 1962 penyata Cobbold diterbitkan dan diumumkan. Cadangan pembetukan Malaysia disokong oleh Suruhanjaya Cobbold kerana hasil kajian menunjukkan sebanyak 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.


    

     Suruhanjaya Cobbold menyesorkan beberapa perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Selain itu, kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold juga mengesyorkan persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai “MALAYSIA” dengan Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri yang tersendiri. Seterusnya, kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing. Akhir sekali, peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak.






Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

     Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committer ditubuhkan pada Ogos 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan yang baharu. Lord Lansdowne menjadi ketua JAK dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura. Laporan Perlembagaam Perdekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan  yang dibuat  oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia digunakan sebagai asas pembentukan  Perlembagaan Malaysia. Perkara 20 yang dituntut oleh Sabah dan dipersetujui oleh Sarawak juga dilihat dalam penggubalan Perlembagaan Malaysia.



 
Tuntutan 20 perkara Sabah dan Sarawak
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
·         Agama Islam diterima sebagai agama rasmi tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah.
·         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi di Sabah dan Sarawak dikecualikan.
·         Bahasa Inggeris menjadi Bahasa rasmi di Sabah, Bahasa MElayu menjadi Bahasa kebangsaan.
·         Bahasa Melayu sebagain Bahasa rasmi Persekutuan, tetapi Bahasa Inggeris terus digunakan sebagai Bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak sehingga Majlis Undangan dan majlis Negeri meminda perkara itu sepuluh tahun selepas hari Malaysia.
·         Kuasa imigrisen di bawah kerajaan negeri
·         Kuasa imigresen menjadi hak kerajaan Pusat tatapi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberikan hak bersuara.
·         Sistem pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan
·         Pendidikan dibawah kuasa kerajaan pusat, tetapi sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak di kekalkan di bawah kuasa negeri sehingga kedua-dua negeri itu bersetuju mengubahnya.
·         Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri, di samping bilangan penduduk.
·         Bilangan kerusi yang diperuntukkan:
-          Sabah: 16 kerusi
-          Sarawak: 24 kerusi
-          Singapura: 15 kerusi

Pada 1963 Laporan JAK dikeluarkan dan dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963. Di Sabah pada 1963 dan seterusnya dibentangkan di Persidangan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963.







Persetujuan Pembentukan Malaysia



     Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada Jun 1963. Perundangan tersebut berakhir pada 8 Julai 1963 dengan persetujuan dan perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil dari kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Brunei telah menarik diri pada saat-saat akhir perjanjian itu ditandatangani.  Tarikh awal penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963. Tarikhnya ditunda disebabkan oleh laporan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu dapat disiapkan pada 14 September 1963.
Wakil-wakil terlibat dalam Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia:


                     Wakil kerajaan/negeri
                                    Tokoh
British
·         Harold Macmillan
·         Ducan Sandys
·         Lord Lansdowne
Persekutuan Tanah Melayu
·         Tunku Abdul Rahman
·         Tun Abdul Razak
·         Tan Siew Sin
·         Datuk V.T. Sambathan
·         Datuk Ong Yoke Lin
·         Dr. Lim Swee Aun
Sabah
·         Datu Mustapha bin Datu Harun
·         Donald A. Stephen
·         W. K. H. Jones
·         Khoo Siak ChiewW.S. Holley
·         G. D. Sundang
Sarawak
·         P.E.H. Pike
·         Temenggung Jugah
·         Datuk Bandar Abang Haji Mustaoha
·         Ling Beng Siew
·         Datuk Abang Haji Openg
Singapura
·         Lee Kuan Yew
·         Goh Keng Swee
 






Pengisytiharan Malaysia





     Upacara Pengisyitiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Pengsytiharan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman serta dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak, anggota cabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur dan jemputan khas. Ucapan Pengisytiharan Malaysia diadakan secara serentak di Singapura, Jesselton dan Kuching. Di Jesselton, pengisytiharan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Donald Stephens di dihadapan Datu Musatapha bin Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Di Kuching, pengisytiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan, iaitu Mohd Khir Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Abang Haji Openg bin Abang Sapee dan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan








1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA







     Pertikaian politik antara parti perikatan dengan PAP menyebabkan  hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang. Rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura pada Julai 1964 telah berlakunya pertumpahan darah dan ini membimbangkan Tun Abdul Rahman. Tun Abdul Rahman berpendapat supaya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.





Faktor Utama Pemisahan Singapura

     Pemisahan Singapura terjadi kerana faktor ekonomi dan kewangan, persaingan politik PAP dan MCA dan masalah kaum.


     Pada awalnya, Lee Kuan Yew membuat pertanyaan pada November 1963 bahawa politik PAP terbatas di Singapura sahaja dan tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan. Namun, Lee Kuan Yew telah bergiat aktif dalam politik Tanah Melayu dengan bertanding dalam pilihan raya 1964. PAP juga menunjukkan minat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam kerajaan. Hubungan UMNO dengan MCA juga telah terjejas disebabkan oleh penglibatan PAP di Tanah Melayu yang terlalu awal. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada Tunku Abdul Rahman.


   

     Dari aspek ekonomi, cadangan kerajaan untuk mengkaji semula agihan hasil yang menetapkan Singapura menyerahkan 60% hasil pungutan cukai. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura. Peningkatan hasil serahan pungutan cukai sebanyak 40% kepada 60% tersebut disebabkan oleh beban cukai Singapura yang paling ringan dan penambahan perbelanjaan dalam pertahanan kerajaan Persekutuan akibat konfrostasi dengan Indonesia. Tambahan pula, Tan Siew Sin iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada Februari 1965 supaya pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan berkaitan perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha dan mendapat liputan luas daripada media.

 
 
     Selain itu, orang Melayu di Singapura berasa mereka diabaikan dan kerajaan Singapura tidak bertindak untuk memperbaik keadaan sehingga menyebabkan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Beberapa pertubuhan yang mewakili orang Melayu telah membuat laporan dengan menemui Tunku Abdul Rahman . Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.
   


      Singapura menuntut persamaan hak bagi semua dengan memperjuangkan “ Malayan Malaysia”. Konsep ini telah mengetepikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965,  Lee Kuan Yew menubuhka Malaysia Solidarity Convention dengan slogan “Democratic Malayan Malaysia” sebagai pakatan dalam parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Tindakan tersebut tidak disenangi oleh UMNO.


   


     Pada Mei 1965 hubungan antara Kuala Lumpur dengan Singapura semakin tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Beliau memaklumkan keputusannya untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysiakepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman demi menjaga keamanan Malaysia. Pada Ogos 1965, rang undang-undang pemisahan Singapura telah dibentangkan oleh Tunku Abdul Rahman di Parlimen. Rang undan-undang telah diluluskan dan Singapura di keluarkan dari Malaysia.




                                                                              




                PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012) Nama pensyarah: En. Mohd Taha Nama ahli:  -Nuraliah Syakirah bt Saifulrizan 19D...